'TELL ME / US ABOUT YOURSELF'
Jawapan yang sesuai untuk soalan ‘tell me about yourself’
Sebagai seorang yang sedang mencari kerja, ataupun ingin
melalui fasa temuduga, persiapkan diri anda untuk menjawab soalan-soalan ‘tricky' daripada penemuduga.
Soalan-soalan macam ni boleh dikatakan soalan ‘favorite’ ketika sesi interview
dijalankan.
Tapi kena ingat, tidak perlu untuk menceritakan keseluruhan
cerita kehidupan anda dari zaman tok nenek tu. Atau pun, cerita balik maklumat
yang terdapat dalam resume anda. What you can do is, korang boleh guna mula
dengan ‘present’ di mana anda bekerja sekarang, diikuti dengan ‘past’ dan
pengalaman kerja anda yang sebelum ni.
Sebagai contoh, ‘Saya bekerja di sebuah syarikat pengiklanan
yang melibatkan client daripada syarikat-syarikat yang besar. Sebelum ini, saya
bekerja di sebuah syarikat pengiklanan yang berskala kecil. Disebabkan
pengalaman kerja saya yang melibatkan syarikat kecil dan besar, saya mempunyai
pengalaman yang cukup luas dan saya ingin menimba ilmu baru. Itulah sebabnya
kenapa saya memilih untuk bekerja di syarikat ini’
Korang kena sentiasa ingat dalam kepala, soalan ‘tell me
about yourself’ ni, mungkin merupakan satu peluang untuk bakal majikan melihat
potensi yang ada pada diri anda. So, berikan jawapan yang bernas, dan pastikan
skills dan pengalaman anda, releven dengan jawatan yang disediakan.
Senang kan? Alaaa tak payah risau la. After all, penemuduga
pun manusia kan? ;)
Comments
Post a Comment