CARA-CARA UNTUK MENGHILANGKAN KEDUT PADA BAJU TANPA MENGGUNAKAN IRON!



Hampir setiap hari sebelum kita keluar rumah, mesti nak gosok baju dulu kan? Siapa je yang boleh keluar rumah dengan baju yang tak bergosok? Peliknya! Tapikan, macam mana pulak kalau kita pergi ‘camping’ atau tempat yang kita pergi tu takde iron? Haaa ni tips-tips menarik macam mna nak gosok baju tanpa menggunakan iron.








1. Flat iron

Selain digunakan untuk luruskan rambut, flat iron boleh digunakan untuk gosok baju tau. Terutamanya dekat kolar baju. Set kan pada suhu sederhana, lepas tu letak la dekat tempat yang berkedut tu. Tapi ingat, jangan gunakan flat iron ni untuk baju yang cepat koyak.





2. Air + cuka

Campurkan cuka dan air dengan nisbah 1:3, masukkan dalam botol spray dan goncangkan. Lepas tu spray je dekat baju yang berkedut tu. Mudah je kan? Boleh di bawa ke mana-mana je tapi jangan terminum pulak!




3. Wap dari teko

Kalau korang takde steamer baju, teko boleh dijadikan alternatif yang baik. Panaskan teko, tunggu sehingga mendidih dan dekatkan baju dengan muncung teko sejauh 20 cm.

  



4. Pengering rambut

Girls! Tips ni untuk korang! Hidupkan pengering rambut dan letakkan pada suhu yang paling tinggi, dan halakan pada kedut. Senang kan!





5. Tuala basah

Letakkan baju pada permukaan yang rata dan tutupkan baju tersebut menggunakan tuala basah. Lepas tu, tekan dengan kuat menggunakan tangan dan biarkan sehingga kering.





6. Kiub ais

Set kan mesin basuh pada mod pengering dan masukkan baju yang berkedut ke dalamnya bersama-sama dengan 2-3 kiub ais dan hidupkan mesin basuh. Selepas 10 minit, voila! Baju dah tak berkedut lagi.






7. Wap dari 'hot shower'

Buka air panas, dan gantungkan baju sedekat yang boleh dengan shower. Tapi pastikan, air tidak terkena baju. Tutup tingkap dan pintu bilik mandi dan tunggu sehingga beberapa minit. Sambil nak tunggu tu, boleh la buat benda lain. Jimat masa!



Macam mana dengan tips-tips di atas? Mudah je kan? Lepas ni, kalau pergi tempat yang tak sediakan iron, jangan la panik. Boleh la cuba tips-tips ni ok? Selamat mencuba! 



Sumber: https://brightside.me/



Comments

Popular posts from this blog

Kerja sambilan sambil belajar. Keperluan atau kehendak?

6 health tips for corporate employees