TEAM BUILDING

Banyak organisasi yang menjadikan Team Building sebagai salah satu program wajib yang ada dalam agenda tahunan. Namun, ramai yang masih keliru tentang apa pentingnya team building ini dan yang lebih menyedihkan ada juga yang menyifatkan team building ini sebagai program yang membuang masa. Sebenarnya, terdapat pelbagai kelebihan dan kepentingan team building bagi sesebuah oranisasi.
Meh sini saya ‘share’ sedikit pengetahuan tentang kelebihan Team Building yang sememangnya penting di tempat kerja. Secara asasnya Team building ini dikatakan dapat meningkatkan nilai moral dan produktiviti pekerja dalam sesebuah organisasi. Sejauh mana kebenaran itu ? JOM BACA …
DSC06722.JPG
Team Building bersama pasukan SUPERCAT INTERNATIONAL di Janda Baik, Pahang.
  1. Memudahkan komunikasi dalam pasukan
  • Aktiviti yang melibatkan perbincangan dalam kumpulan antara pekerja biasa dan pihak pengurusan dapat membiasakan mereka untuk bergaul dan secara tidak langsung memudahkan komunikasi serta meningkatkan kualiti kerja kerana adalah penting bagi sesebuah organisasi untuk mempunyai nilai kerjasama yang utuh.
  1. Memotivasi pekerja
  • Kepimpinan dan kerja berpasukan amat penting dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, keselesaan pekerja meluahkan pendapat dan idea baru amat penting bagi meningkatkan keyakinan diri mereka. Ini dapat mendorong mereka untuk menempuh cabaran baru.
  1. Menggalakn kreativiti
  • Pendedahan terhadap suasana diluar tempat kerja memberi pengalaman baru yang memerlukan mereka berfikiran berbeza daripada kebiasaan. Kerjasama dalam melakukan tugas dapat mengalakkan pengahasilan idea kreatif dan baru yang berguna untuk diadaptasi di tempat kerja.
air asia.png
Team Building bersama Team Air Asia di Phuket, 2013
  1. Pendedahan terhadap kemahiran penyelesaian masalah
  • Permasalahan boleh terjadi dalam organisasi pada bila-bila masa dan tidak di jangka. Aktiviti Team Building memerlukan pekerja untuk bekerjasama menyelesaikan masalah dengan lebih rasional. Kumpulan yang boleh mengenalpasti permasalahan yang terjadi dan tahu bagaimana cara untuk menyelesaikannnya amat berguna untuk pembangunan sesebuah organisasi.
  1. Menempuh halangan
  • Team building meningkatkan kepercayaan sesama pekerja. Kadang-kadang terdapat jurang yang wujud sesama pekerja malah dengan pihak pengurusan. Aktiviti Team Building memberi peluang kepimpinan kepada semua pekerja bukan sekadar Boss untuk mnguruskan pasukan masing-masing.
Secara keseluruhannya, Team Building sangat penting di tempat kerja sesebuah organisasi untuk membolehkan komunikasi yang lebih baik, perhubungan yang lebih erat sesama pekerja di samping meningkatkan hasil kerja mereka .
xmtttt.jpg                xmttt
Team Building bersama XMT Technology di Port Dickson, 2016.
Untuk lebih banyak gambar dan berita tentang TeamBuilding sila ke
FB : https://www facebook.com/PBTconsultants/

Comments

Popular posts from this blog

CARA-CARA UNTUK MENGHILANGKAN KEDUT PADA BAJU TANPA MENGGUNAKAN IRON!

Kerja sambilan sambil belajar. Keperluan atau kehendak?