Tahun pertama di Universiti tidak menyeronokkan?!
Tips-tips macam mana nak 'survive' freshman year!
Kebanyakkan semua
orang akan mengalami proses 'penyesuaian' diri masa mula-mula melangkah ke alam
universiti kan? Lagi-lagi kalau dengar cerita-cerita donggeng dari abang dan
kakak kita yang kononnya freshman
year merupakan tahun azab
untuk kita!
Arghh! Stress kan
dengar? Tapi jangan risau, ni tips-tips macam mana nak survive tahun pertama di universiti. Goodluck!
1. Minggu
orentasi siswa.
Benda ni paling leceh sekali! Masa ni la semua orang memang tak
cukup tidur, lepas tu kena ' ragging' dengan senior.
Tapi jangan risau, sebab masa orentasi ni la kita nak kenal dengan 'course mate' kita, Bukan tu je, masa ni jugak
lah kita nak tahu selok-belok universiti. Manatau dapat 'port' lepak yang best kan? ;)
2. Kenali room mate.
Room mate memainkan peranan
yang teramatlah penting masa korang dekatbuniversiti. Dorang ni kira family pertama korang dekat universiti. So, try to get to know your room mate, sebab percaya atau tidak, susah senang korang dekat universiti nanti, dorang yang tahu. Jangan sombong- sombong okay!
3. Aturkan jadual anda.
Berbeza dengan zaman sekolah, masa dekat universiti you have to do everything by yourself! Takkan ada orang yang buatkan jadual untuk korang. So, beli planner, atau install apps dekat phone supaya korang boleh plan elok-elok jadual. So tak ada alasan untuk tak dapat nak hantar assignment on time.
4. Pergi kelas!
Memang pada mulanya, korang akan rasa susah nak ikut jadual kelas yang bermula seawal 8 pagi. Memang liat sangat nak bangun pagi kan? But try to avoid the temptations! Kena selalu ingat yang yuran pengajian tidak murah. Lagi satu, sesetengah pensyarah mengambil kira kedatangan untuk bantu markah final korang.
5. Berjumpa dengan pensyarah.
Ini sangat penting! Luangkan sedikit masa, untuk berjumpa dengan pensyarah anda. Selain dapat ilmu lebih daripada mereka, inilah peluang anda untuk kenal mereka dengan lebih rapat lagi. Tapi, jangan lebih-lebih sangat ok? ;)
6. Masa untuk diri sendiri.
Pastikan korang luangkan sedikit masa untuk diri sendiri. Kehidupan di universiti memang sangat sibuk, tapi kena beringat yang badan dan minda juga perlu berehat. Sekali sekala, pergi keluar dan 'have fun' dengan rakan-rakan anda.
7. Jaga kesihatan
diri.
Korang akan sentiasa sibuk dengan aktiviti dan assignment yang banyak. And you cannot afford to be sick! Jaga pemakanan korang dan ambil suplemen ataupun vitamin tambahan.
8. 'Home-sick'.
'Home-sick' ataupun rindu dengan keluarga merupakan perkara biasa bagi pelajar-pelajar tahun pertama universiti. Cuba belajar untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Teknologi sekarang dah canggih, gunakanlah 'Whatsapp' dan 'Facetime' kalau rindu.
9. Urus wang dengan bijak.
Kalau sebelum ni korang tak pernah urus wang, dah masuk universiti kena bijak untuk urus wang dengan bijak. Keep track of your money and your expenses. Berjimat-cermat sebaik mungkin dan elakkan penggunaan kad kredit!
Zaman universiti adalah zaman yang paling menyeronokkan!
Nikmati zaman universiti ni sebaik mungkin. Ingat, perjalanan di universiti
tidaklah semudah yang disangka. Kuatkan semangat, teruskan usaha dan tanam
dalam kepala yang you have to make your parents proud of you! :D
Comments
Post a Comment