Kerja sambilan sambil belajar. Keperluan atau kehendak?



Kerja sambilan atau 'part time' sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan pelajar. Lagi-lagi dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar macam sekarang. Semua pun nak pakai duit! Literally everything. Rata-rata yang buat kerja sambilan ni merasakan duit PTPTN atau pun biasiswa mereka tidak mencukupi. Malahan ada yang melakukan kerja sambilan semata-mata ingin mengisi masa lapang. 

Tambahan lagi, sejauh masa kerja sambilan yang dilakukan oleh pelajar ini mempengaruhi kehidupan pelajar sebagai pelajar sepenuh masa serta pekerja sambilan separuh masa. Mari kita lihat apakah implikasi-implikasi terhadap pelajar yang mengambil kerja sambilan sambil belajar.



Menambah pendapatan

Sebab utama kenapa pelajar mengambil kerja sambilan sambil belajar adalah untuk menambah pendapatan. Kebanyakan pelajar beranggapan, duit yang diberikan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian mereka. Namun, ini semua berbalik kepada cara dan gaya hidup pelajar tersebut. Semakin mewah gaya hidup, semakin banyak wang yang diperlukan.


Mendisiplinkan diri 

Mengambill kerja sambilan boleh mendisiplin pelajar tersebut. Bukan mudah untuk bekerja sambil belajar dalam satu masa yang sama. Oleh yang demikian, mengambil kerja sambilan mampu mendisipin kan pelajar tersebut. Kerja sambilan juga boleh melatih pelajar untuk lebih peka dengan jadual mereka dan sebagai persediaan untuk pengurusan masa yang baik, mereka kena ada 'planner' agar tidak ketinggalan perkara-perkara yang penting.


Meluaskan jaringan perhubungan.

Bekerja sambilan juga membantu pelajar meluaskan jaringan perhubungan pelajar dengan industri. Jaringan perhubungan pelajar bukan saja boleh diluaskan dengan pertemuan dalam sesuatu program saja, malah boleh dilakukan dengan melakukan kerja sambilan. Dengan bekerja separuh masa, pelajar mendedahkan diri kepada tokoh-tokoh mahupun orang yang berpengaruh dalam industri pilihan kelak. Apabila mempunyai kenalan yang ramai dalam industri, proses pencarian kerja semasa melangkah masuk ke dalam industri juga akan menjadi lebih mudah. Tapi, kena ringan-ringankan mulut untuk bertanya! 


Namun, harus diingat kerja sambilan juga mampu memberikan kesan dan implikasi negatif kepada pelajar tersebut. Pelajar yang sibuk mengejar wang boleh leka justeru mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Umumnya kita tahu, kelas, assignment, kuiz, dan peperiksaan adalah tanggungjawab yang perlu digalas sebagai seorang pelajar. Sekiranya pelajar melalaikan tanggungjawab ini maka pelajar berisiko untuk gagal dalam pelajaran, hasilnya boleh mempengaruhi masa depan pelajar sendiri. 



Tidak dinafikan kerja sambilan memang menyeronokkan! Dapat pengalaman baru, tambah pendapatan. Namun, harus diingat, tugas utama seorang pelajar adalah untuk belajar. Jadi, jangan leka sangat nak cari duit sehingga mengabaikan pelajaran ok? 



Comments

  1. "www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc..."

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CARA-CARA UNTUK MENGHILANGKAN KEDUT PADA BAJU TANPA MENGGUNAKAN IRON!

6 health tips for corporate employees