ETIKA MENGHADIRI TEMUDUGA

Gementar menghadapi temuduga?
Fitrah manusia, kita takut berhadapan dengan sesuatu yang kita tidak tahu atau kurang pasti. Lagi banyak yang kita tidak tahu tentang sesuatu, semakin gementar perasaan kita. Bagi anda yang akan menghadiri temuduga dalam masa yang terdekat, saya gariskan 10 etika  ringkas yang perlu dipatuhi jika anda ingin menjadi calon terpilih.
Cropped image of people in waiting
Bagi yang ingin mendapatkan panduan lengkap dan contoh-contoh, dapatkannya di sini:  BAGAIMANA MENJADI CALON TERPILIH DALAM TEMUDUGA
  1. Bina penampilan seorang Professional dengan menyesuaikan pakaian (serta aksesori) mengikut jawatan dan organisasi sasaran anda. Penampilan adalah pengenalan pertama tentang diri anda. Ianya mampu menjadi penentu arah perbualan seterusnya dalam temuduga anda. Pastikan penampilan yang kemas, bersih dan professional.
2. Pastikan anda tiba di lokasi temuduga 15 minit lebih awal. Tidak perlu terlalu awal, dan jangan sekali-kali datang lewat.
3. Sekiranya ada, berikan kad nama anda. Walaupun maklumat anda telah tersedia di dalam resume, memberi kad nama menjadikan nama dan maklumat anda lebih senang diingati.
4. Pastikan anda membuat “eye-contact” dengan penemuduga. Jangan sekali-kali bersalam tanpa membuat “eye-contact”. Kalau tidak bersalam (atas sebab pegangan agama atau sebab-sebab lain), anda boleh mengangguk dan pastikan anda membuat “eye-contact” dengan setiap penemuduga (jika lebih dari satu) sebelum perbualan dimulakan.
5. Bawa buku nota kecil. Ambil nota bila perlu. Ia bukan hanya menunjukkan kesungguhan anda tetapi juga meningkatkan lagi tahap professionalism anda.
6. Jaga bahasa badan. Cara anda duduk, bersalam dan bercakap sama dan kadang-kadang lebih penting dari jawapan itu sendiri.
7. Jangan sekali-kali berbohong! Kalau tidak tahu, lebih baik katakan tidak tahu atau pun gunakan “Pada pendapat saya atau setahu saya…” dalam menyuarakan pendapat. Jangan sekali-kali berbohong!
8. Buat persediaan lengkap dengan membuat kajian secukupnya tentang jawatan dan organisasi sasaran anda. Tiada yang lebih menjengkelkan penemuduga daripada menemuduga calon yang tidak bersedia.
TANPA PERSEDIAAN LENGKAP, CALON MENUNJUKKAN SIKAP SAMBIL LEWA, TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN TIDAK BERSUNGGUH DALAM MELAKUKAN SESUATU TUGAS.
9. Berlatih cara menjawab beberapa soalan lazim dalam temuduga dengan lengkap, padat dan lancar. Terdapat beberapa soalan yang seakan “wajib” keluar dalam setiap temuduga. Latihan akan membantu anda mengurangkan rasa gugup dan menyerlahkan professionalism anda.
Dapatkan Cara Menjawab dan Contoh Jawapan kepada 33 soalan lazim di dalam buku ini: MENJADI CALON TERPILIH DALAM TEMUDUGA.
  1. Ucapkan ‘terima kasih’ kepada penemuduga 2 kali. Satu di awal pertemuan, sebelum temuduga dimulakan kerana memberi peluang ditemuduga, dan satu lagi di akhir temuduga.
Ada pengalaman menghadiri temuduga yang ingin dikongsi? Atau ada soalan yang ingin ditanya? Silakan…
Salam hangat dari Puan Jay…

Comments

Popular posts from this blog

CARA-CARA UNTUK MENGHILANGKAN KEDUT PADA BAJU TANPA MENGGUNAKAN IRON!

Kerja sambilan sambil belajar. Keperluan atau kehendak?

TEAM BUILDING