BAGAIMANA MENANGANI ORANG DENGKI DENGAN KITA?

 

https://puanjay.files.wordpress.com/2015/12/soalan.png 

Pernah merasa diri difitnah? Saya rasa kita semua pernah mengalaminya. Tahu kenapa?

  1. Tiada siapa pun di dunia ini yang disukai oleh semua orang. Malah Nabi Muhammad s.a.w sendiri pun pernah dibenci, dicemuh  malah diugut bunuh oleh musuh-musuhnya. Kalau seorang Rasul yang maksum begitu pun tidak disukai oleh semua orang; siapalah kita?
  2. Semakin kita berjaya, semakin ramai orang yang akan cemburu dengan kejayaan kita. Itu sudah menjadi lumrah alam. Adat manusia; mengimpikan apa yang mereka tiada. Tiada salahnya mengimpikan apa yang kita tiada, namun adalah menjadi kesalahan jika mereka cuba menjatuhkan orang lain kerana itu. Hakikatnya, tidak ada siapa pun yang akan dengki atau cemburu dengan seseorang yang tidak punya apa-apa.
Bagaimana jika kita terpaksa bekerjasama dengan orang yang sebegini? Tanganinya melalui 5 cara:

1. Ubah pengharapan kita.

Punca utama kita tertekan atau bersedih ialah apabila kita tidak mendapat apa yang kita harapkan. Jangan harapkan semua orang akan menyukai kita. Cukuplah jika beberapa orang tertentu saja menyukai kita; seperti teman rapat, orang tersayang, keluarga kita. Katakan OK jika orang lain tidak sukakan kita. Asalkan kita tidak menyakitkan sesiapa, terima hakikat bahawa akan ada orang- orang tidak sukakan kita, malah mungkin membenci kita tanpa sebarang sebab yang munasabah. Tak payah tahu kenapa ianya berlaku, anggaplah itu adalah lumrah alam.

2. Jangan marah, sebaliknya kasihanilah mereka.
Perasaan dengki wujud bila seseorang itu merasa orang lain ada sesuatu yang mereka tiada. Yang sebenarnya pun, mana ada orang dengki dengan orang yang tidak punya apa-apa? Manusia dengki dengan orang yang mempunyai sesuatu yang mereka tidak ada.

3. Ucapkan syukur “Alhamdulillah!”.
Salah satu tanda kita telah berjaya ialah, ada orang yang merasa terancam, terutama mereka yang tidak senang dengan kejayaan orang lain. Jadi bersyukurlah dan terimanya sebagai salah satu pakej (yang mungkin tidak kita sukai, tetapi harus kita terima) kejayaan yang kita capai.

4. Jaga kerja dan tingkahlaku.
Jangan beri peluang kepadanya menjatuhkan kita. Seboleh-bolehnya, pastikan semua komunikasi penting mengikut peraturan dan simpan semua dokumen. Dalam erti kata lain, jangan mudah memberi kepercayaan kepadanya.

5. Jangan habiskan masa, tenaga dan airmata untuk “persahabatan yang plastik”.
Sahabat sejati akan menyokong kejayaan sahabatnya. Tumpukan masa dan tenaga kita untuk menjadi lebih baik dan mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Hadkan komunikasi kita kepada apa yang perlu sahaja. Teruskan perjalanan kita. InsyaAllah, Tuhan akan menemukan kita dengan sahabat sejati suatu masa nanti.


Salam hangat  from Puan Jay.

Comments

  1. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - MapYRO
    Find out what's popular at Harrah's Cherokee Casino & Hotel in 양주 출장샵 Cherokee, NC. MapYRO users can 거제 출장샵 now make 구미 출장샵 online 고양 출장샵 and mobile phone calls, 세종특별자치 출장샵

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CARA-CARA UNTUK MENGHILANGKAN KEDUT PADA BAJU TANPA MENGGUNAKAN IRON!

Kerja sambilan sambil belajar. Keperluan atau kehendak?

TEAM BUILDING